Friday, December 26, 2008

hati seorAng Aku..

sayang...
apa itu sayang?... ..
cinta... ..
apa itu cinta?... ..
tepuk dada tanya hati
mungkin benar jawapannya
mungkin bercanggah... .
tapi..persoalannya..
apakah maksud perikatan yang mengikat hati manusia ini?
bagiku...
sayang... satu perasaan yang murni,tulus ikhlas... .
ditujukan buat yang dihargai...
dihormati cinta..
perasaan yang telus...
sukar dimengertikan dengan kata-katahanya
yang mengalaminya mengerti apa yang tersirat dan tersurat..
namun... sejauh manakah kukuhnya cinta dan sayang?... .
tepuk dada tanya hati
bila sudah terluka
hati bagai dihiris-hiris
hirisan yang begitu dalam sehingga sukar menyembuhkannya
bak kata orang...
biarpun hanya meninggalkkan parut,
namun lukanya masih berdarah... .
berdarah untuk apa...
aku keliru... .
berdarah kerana dendam atau marah?
persoalan yang menyemakkan minda..
tapi yang pasti...
aku hari ini bukanlah aku yang dulu... .
yang lemah..
hanya mengharapkan lelaki yang tidak pernah menghargai
hanya mengeji , memaki ,
memandang rendah tanpa dia sedari
akulah yang membantu sewaktu jiwanya runtuh akibat masalah yang melanda
akulah tempat mengadu domba
akulah tempat meminta-minta
akulah tempat meratap hiba
tapi... ... .bila aku memerlukannyadi mana kau?
di mana kau?
apabila bersua aku dicampakkan seolah -olah aku insan keji dan hina...
di mana keadilan?bukan balasan yg ku pinta...
hanya kasih dr seorang kekasihyang pernah menyayangi dan mencintai
apakah aku yang terlalu meminta-minta?
jawapannya tiada...
sunyi... ... ... ..
kau... kau...
sewenang-wenang melupakan aku...
setelah berjaya
berjaya mencapai cita-cita yang didamba
tapi..tak mengapa
aku terima dugaaan yang diberikanNya
penuh redha dan pasrah
moga kebenaran tercipta
biarlah aku mengharungi liku kehidupan dengan setenangnya
biarpun tanpa dirimu
aku mampu... .dengan iringan doa ibu bapa...
adik-adik serta sanak saudara...
Insya Allah akan kubuktikan bahawa aku yang pernah kau lukai,
pernah kau perlekehkan mampu berjaya
hanya doa dan semangat pendorong kekuatan hati
moga ditabahkan hatiku menghadapi dugaan...
Ya Allah..Tuhan Yang Maha Mengerti
jauhilah aku dari kesengsaraan
limpahilah aku dengan kegembiraanAmin... ...